Webinar Berkala Bahasa Inggeris – Edisi 6
24 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2026 (Sabtu) telah diadakan Webinar Berkala Bahasa Inggeris – Edisi 6. Program khas DiLEA ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 1. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Program khas ini bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Webinar Berkala Bahasa Inggeris – Edisi 6 ini adalah untuk membantu para pelajar mempelajari teknik memahami soalan Reading, strategi mencari jawapan dengan cepat, contoh soalan peperiksaan serta tip penting untuk membantu para pelajar meningkatkan markah walaupun tanpa penguasaan Bahasa Inggeris yang sempurna.
Diharapkan webinar seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Bahasa Inggeris pada peperiksaan yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: